Tuesday

MYSPACE vs FACEBOOK . =)

MYSPACE vs FACEBOOK...???
Ape yg aku cuba bagitahu nie bukan la tuk kutuk MYSPACE atau FACEBOOK.
Sekadar hiburan dan renungan.hehe.
Aku rasa zaman kegemilangan MYSPACE dah hampir berakhir.
Sekarang dikuasai FACEBOOK.
Kalau dulu,asal topik sal alam cyber mesti citer sal MYSPACE.
Sekarang semua citer sal FACEBOOK.
Dari golongan budak kecik sampai la ke golongan org berumur.hehe. =p .
Sape x der FACEBOOK siap kene bahan lagi.
Boleh dikatakan wajib seseorang individu tu ade FACEBOOK.(termasuk aku) =p .
Contoh dalam frenlist aku la kat FACEBOOK.
Dari sepupu aku yg masih bersekolah rendah sampai la ke makcik2 n pakcik2 aku yg hampir nak bersara.
Wow...sgt2 besar pengaruh FACEBOOK nie.hehe.
Dulu MYSPACE la segala2 nyer.
Aku start belajar coding2 html melalui MYSPACE la.
Page mesti nak gempak,x gempak org x nak add.huhu.
Tapi ape yg aku nampak.
Walaupun MYSPACE boleh guna coding html tuk lawakan page,hantar komen2 bergambar.
Tapi kelemahan dier,buat page seseorang jadi berat.
Susah untuk di view.
Macam FACEBOOK lak,simple jer.
Org nak add senang,nak komen senang,nak msg senang.
X payah nak serabut2. =) .
Kat FACEBOOK pun senang jer nak search kawan2,kat MYSPACE susah sbb diorang x guna nama sendiri.
Kebanyakkan nyer guna nama samaran.
Ape yg aku nampak lagi,korang perasan x...kat FACEBOOK jarang nampak budak2 kan.
Maksud aku budak2 sekolah rendah atau menengah.
X ramai kan...???
Tapi kat MYSPACE,boleh dikatakan majoriti budak2. =p .Nampak sgt MYSPACE untuk budak2,FACEBOOK lak tuk org dewasa atau matang.hehe. =p .
Kesimpulan nyer...kalau korang rasa still macam BUDAK2,join la MYSPACE.
Kalau korang rasa diri tu dah kategori SENIOR2,join la FACEBOOK.hehe.

Ikhsan Ise
GAMBAR EHSAN BY "Ikhsan Ise"

Macam biasa...Hihissshhh!!!

Macam biasa la.
Kalau aku x update tu ade la sebab.
Aku x taw apsal dalam 2mggu nie line internet kat umah aku macam "@$#%*&^!".
Tension...online boleh tapi kejap ade kejap x der.
Lagi buat aku panas kalau ngah chat.
X kira la kat YM ker FACEBOOK chat ker MYSPACE chat.
Ngah best dok2 layan kenalan,taw diorang x reply2.
Rupa2 nyer internet aku x der line.
Panas jer.
So tuk korang...kalau aku x update tu bukan aku malas.
Tapi aku sgt2 tertekan ngan line internet kat umah aku nie.
Argggghhhhhh!!!!

Friday

JUMAAT

Iniesta

Diantara Kelebihan2 Hari Jumaat:

♥♥Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.♥♥

♥♥Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.♥♥

♥♥"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."♥♥

♥♥Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk Agama Islam pada zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat hari yang baik".♥♥

♥♥Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.♥♥

♥♥Doa Antara Dua Khutbah.(Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa).♥♥

♥♥Hadis Nabi"seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".♥♥

♥♥Kelebihan Menunaikan solat Jumaat"Nabi bersabda":
1) "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid.
2)Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".*
*Ibadah pada hari Jumaat:
1)Pejalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.
2)Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.
3)Mandi dan Pakaian=Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.Memotong Kuku. Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan."♥♥

Tuesday

IMAM MUDA

Ape yg aku nak sampaikan x der kene mengene pun ngan rancangan IMAM MUDA kat astro oasis tu.
Aku just nak kongsi pengalaman aku pasal IMAM nie.
Citer nie berlaku time aku nak solat kat surau di salah sebuah pasaraya jaya jusco kat MALAYSIA nie.
Dah la solat dekat ngan tandas...tandas lagi besar dari surau yg aku nak solat tu.
Pas amik wuduk,aku pun terpaksa beratur tuk solat kerana ramai sgt saudara islam yg sedang solat pada ketika itu.
Lepas tggu giliran tuk bersolat sampai la giliran aku.
Aku masuk jer,betul2 aku kat saf yg depan.
Terus seorang hamba ALLAH yg sudah berumur menarik tgn aku tuk kedepan menjadi IMAM.
Aku pun macam terkejut la.
Pastu aku terus cakap kat pakcik tu.
AKU="maafkan saya pakcik,saya x mampu nak pikul tggjwb nie"
PAKCIK="Eh...ko dah berumur nie x berani nak jadi IMAM"
AKU="bukan x berani pakcik,saya x belum layak tuk jadi IMAM".
PAKCIK="nape lak x layak,ko dah baligh bukan"
AKU="tu benar pakcik,tapi saya x berani nak tanggung semua yg ikut saya nanti"
Aku pun terus kebelakang.
Nampak muka pakcik tu panas ngan aku.
Aku bukan nak kurang ajar.
Tapi mmg aku yakin aku x mampu nak jadi IMAM.
Tggjwb seorang IMAM sgt besar.
Aku setakat jadi IMAM untuk family aku,aku yakin lagi.
Nie dekat 30 lebih jemaah,x berani aku nak pikul.
Kat sini aku nak bagitahu kit.
Jadi IMAM mmg mudah,tapi nak pikul tggjwb tuk jadi IMAM tu sangat susah jika kite tiada ilmu yg betul ttg agama. =) .
Aku sgt2 sokong astro oasis anjurkan rancangan IMAM MUDA tu.
Kite nilai sendiri macam mane tggjwb seorang IMAM itu. =)
Semoga peserta2 IMAM MUDA tu dapat memikul tggjwb dengan sempurna.
redcard

.......

Aiyak2...aiyak...time2 nak rajin time tu la line internet nie nak problem.Haram tul la...huh!!!.
Boleh lak kejap ade,kejap x der.
Ape ker sengal la.
Tu la salah satu keburukan BROADBAND.
Panas jer...kalau slow boleh terima lagi.
Nie ngah ayat2,taw2 x der internet.
Tension jer...arghhhh....aku tersgt2 tension la wei....!!!

Monday

WORLD CUP FINAL 2010

Eh...eh...dah FINAL.Kejap nyer dah sampai FINAL.
Betul la "penangan" WORLDCUP nie. =)
Bagi aku,WORLDCUP kali nie mmg banyak keputusan yg x dijangka.
Sape jangka finalist WORLDCUP 2006 boleh last dalam group jer.
Negara2 yg x pernah kite sangka boleh menang bila lawan ngan negara2 yg ade ranking.
Yang penting ape yg aku jangka ke final,terbukti.
Walaupun My AGENTINA hanya ke suku akhir jer. =( .(sedih2)
Sebenar nyer mmg minat SPAIN.
Tapi bila ramai budak2 yg poyo nie minat SPAIN.
Aku jadi kurang minat.hehe.

SPAINVSHOLLAND

Perlawanan akhir antara SPAIN VS HOLLAND mmg dah diramal dari SPAIN mng separuh akhir lagi.
Penganalisis bola pun sokong SPAIN.
Sebab SPAIN 1st time ke pentas akhir.
Tapi hepy gak la.1st time finalist leh CHAMPION.Dasyat2. =) .
Manakala HOLLAND pulak,3 kali kalah di pentas akhir.
Aku x berapa ingat tahun bila. =p .
Bagi aku perlawanan akhir antara SPAIN n HOLLAND mmg menghiburkan.
Pengadil bagi aku FAIR.Kalau nak ikut bukan final,ramai dah player HOLLAND kene kad merah.
Bayangkan HOLLAND dapat 8 kad kuning termasuk 1 kad merah.
Ganas x ganas la diorang main.huhu.
Kad merah HOLLAND dilayangkan pada minit ke 108 untuk Johnny Heitinga setelah mendapat kad kuning pertama pada minit 56.
redcard
Andres Iniesta adalah HERO tuk pasaukan SPAIN.
Tu pun dijaringkan pada masa tambahan pada minit 115 hasil hantaran Cesc Fabregas.
Iniesta
Iniesta
Gol Iniesta tu sekaligus melenyapkan impian HOLLAND.
Beraksi 10 pemain tuk hanya kira2 5minit termasuk 3minint ext time.
Akhir nyer setelah sekian lama.
SPAIN di nobatkan buat pertama kali nyer dalam sejarah WORLDCUP menjulang PIALA WORLDCUP yg dinanti2 kan sekian lama.
SPAIN
SPAIN

Sunday

Penat...

Semalam sorang lagi sepupu aku khwn.
Aku just ade sepupu jer.
Adek beradik x ramai.
Just ade adek pompuan sorang jer.
Sebab tu kalau sepupu aku khwn,aku akan bekerja keras tuk rewang.
Sebab diorang aku anggap macam adek beradik aku sendiri. =)
semalam nie,anak maklong aku khwn.
Pergghhh...mmg penat.
Dari hari sebelum sampai la pas berlangsung majlis.
Non stop,tanpa tido.(rajin kan.) =p .
Tetamu jgn cakap la,mmg ramai.
Sebab maklong 1st time buat kenduri khwn.
Tu yg selipar sampai nipis la rewang nyer pasal.(dasyat kan)huhuhu.
Tu pun jalan n cakap dah x betul.
Mau x,tido pun x.
Ditambah ngan penat lagi.
Mmg macam "kelin minum todi" la.hahaha.
Tiap kali ade kenduri khwn,aku paling x suka bila...


1)Persediaan x der.(bikin susah)
2)Orang yg tolong rewang x ramai.(kelam kabut siot)
3)Susah nak budget masak.(tu yg kadang2 ade yg nasi n lauk x cukup,ade gak nasi n lauk berlebih2)
4)Orang yg tolong rewang tu arah2.(padahal x taw buat keje pun)
5)Paling aku x suka...nie hah..."fiq,ko bila lagi nak khwn...???"(X SUKA SIOT)Arggghhhhh!!!


Ape2 pun,aku mmg suka REWANG.
Sgt seronok,pada yg malas n tension2 tu.
Gi la kenduri2 khwn sesiapa pun.
Gi rewang.
Korang akan taw betapa seronok nyer rewang nie.
Percayalah...!!!hehe.

Friday

x boleh ker x der masaalah...!!!

Adesss.
2mggu x online macam 2tahun rasa nyer.huhuhu.
Giler la.
Serius mmg x tenang kalau x online walaupun sehari.
Dasyat2 penangan internet nie.
Mmm...2mggu nie mmg rasa tertekan sgt2.
Terlalu banyak benda yg terpaksa difikirkan.
Bukan jer terpaksa,mmg kene fikir.
Sampai satu tahap aku x leh nak fikir,aku tido n solat.
Tu jer la yg mampu tenangkan fikiran.
Nak mengadu,org yg nak di "adu" bz jer.
Terabai jer 2mggu nie.
Serius mmg x mampu nak berfikir.
Ape yg aku cuba fikir tuk selesaikan,mesti x jadi.
Perghhh...fikir satu benda nie x selesai lagi.
Tambah yg baru lak...adesss.
Ape nyer malang la.
Tapi aku anggap semua tu dugaan,dugaan dan dugaan.
Sampai bila2 aku akan terima.
Sebab semua tu datang dari TUHAN.
Makin banyak ujian nyer,makin banyak la sebenar nyer tuhan syg kat kite.
Aku tersangat2 percaya QADA dan QADAR.
So sabar,sabar dan terus bersabar.
Kene sentiasa ingat kat DIA.
Semua benda kat dunia nie datang dari TUHAN.