Sunday

Suku Akhir Euro2012



SukuAkhir Euro2012 tinggal satu game jer menjelang nyer SemiFinal yg akan berlangsung pada 27hb dan 28hb june.
SukuAkhir Ke-4 akan berlangsung esok pagi diantara England vs Italy.
Pagi tadi menyaksikan penyandang JUARA EURO2008,Spain.Mengalahkan France 2-0 hasil jaringan kedua2 gol melalui pemain yg beraksi untuk RealMadrid,Xabi Alonso.

Full Name: Xabi Alonso Squad No: 14
Position: Midfielder
Age: 29
Birth Date: Nov 25, 1981
Birth Place: Tolosa, Guipúzcoa, Spain
Height: 6' 0'' (1.83m)
Weight: 156 lbs (70.6 kg)

Pagi esok kita sama-sama la saksikan negara mana diantara England atau Italy yg bakal beraksi menentang Germany di SeparuhAkhir Euro2012.

Saturday

Banyak benda nak post,tetapi kemalasan.

Banyak lagi sal Euro nak kongsi ngan korang.
Tapi nanti la.
Lambat2 sikit.
Sebab sedang malas sgt nie.hehe.
Sekarang sedang giler twitter.
Twitter tak perlu buat2 ayat.Asal ada benda nak cakap,tweet jer.haha.


Viva la Espana!!!


Pilihan aku untuk Euro2012 sudah tentu la SPAIN!!!.
Kat bawah nie aku tunjukkan player yg beraksi untuk Spain di Euro2012.


Goalkeepers: Iker Casillas (Real Madrid), Jose Reina (Liverpool/ENG), Victor Valdes (Barcelona).

Defenders: Juanfran (Atletico Madrid), Alvaro Arbeloa, Raul Albiol, Sergio Ramos (all Real Madrid), Jordi Alba (Valencia), Gerard Pique (Barcelona), Javi Martinez (Athletic Bilbao).

Midfielders: Xabi Alonso (Real Madrid), Santi Cazorla (Malaga), Xavi Hernandez, Cesc Fabregas, Andres Iniesta, Sergio Busquets (all Barcelona).

Forwards: David Silva (Manchester City/ENG), Jesus Navas, Alvaro Negredo (both Sevilla), Fernando Torres, Juan Mata (both Chelsea/ENG), Pedro (Barcelona), Fernando Llorente (Athletic Bilbao)

Tapi Spain kali nie tanpa penyerang Barcelona yg paling berbakat...

David Villa.


Walau kalah sekalipun.Minat tetap minat,Setia tetap setia.
VIVA LA ESPANA!!!

Sejarah Ringkas EURO dan Negara yang pernah Menjuarai!!!


Idea Kejohanan Bolasepak Negara-Negara Eropah telah tercetus pada tahun 1927 oleh pentadbiran bolasepak Perancis iaitu Hneri Delaunay. Selepas tertubuhnya UEFA idea tersebut telah dibangkitkann kembali dan dalam tahun 1958 perlawanan kelayakan pertama dalam format kalah mati telah digunakan. Kejohanan Euro yang pertama (peringkat akhir) diadakan pada 1960. Kejohanan yang pada mulanya dikenali sebagai Piala Negara-Negara Eropah tersebut telah diadakan setiap empat tahun selepas itu. Kejohanan ini berselang 2 tahun dengan satu lagi kejohanan bolasepak yang paling berprestij iaitu Piala Dunia FIFA.

Berikut adalah negara-negara yang pernah memenangi Kejohanan tersebut sejak ia dilangsungkan:

1960 – Soviet Union
1964 – Sepanyol
1968 – Itali
1972 – Jerman Barat
1976 – Czechoslovakia
1980 – Jerman Barat
1984 – Perancis
1988 – Belanda
1992 – Denmark
1996 – Jerman
2000 – Perancis
2004 – Greece
2008 – Sepanyol
2012 – ???
Untuk Euro2012,pilihan untuk Dhiya Afiq sudah pasti Spain.
Sebab minat Spain.
Sebab corak permainan best.
Complete passing terbaik!!!.Go Spain Go!!!

Demam Euro2012!!!


EURO2012 dah nak masuk SEMIFINAL baru nak update blog.haha.
Malas giler nak update blog.
Antara negara-negara yg layak memasuki EURO2012 hanya ada 16negara eropah jer.
Nie diantara terbaik la setelah melepasi sesi kelayakan sebelum menjelang nyer EURO2012.
Nie negara-negara eropah yg telah diundi untuk dibahagi ke4 kumpulan.


Bagi aku,aku rasa undian kurang fair sikit la.
Sebab tuanrumah 2negara.
Maknanya dua-dua automatik layak ke Euro.
Tengok jer Group B dan Group D.
Semua negara yg dijangka memenangi EURO.
Tapi dalam bola sepak,macam2 boleh berlaku.
Sama-sama la kita nantikan negara mana diantara 16negara Eropah nie yang bakal bergelar Juara Terbaik Eropah.

Monday

Rimas dengan soalan _____???



Semakin usia meningkat,semakin itu la aku dapat soalan cepu tak berapa nak mas.huh!!!
Ko bila nak kahwin...???Grrrr...!!!
Bukan salah ku atau salah mamaku aku tak kahwin2 lagi.
Nie semua ketentuan ALLAH.
Dah tak ada yg berkenan kat hati.nak buat macam mane. =p .
Sebenar nyer aku dah malas nak plan2 sal kahwin nie.
Pernah serius untuk kearah perkahwinan.
Tapi tak jadi ape.
Dah malas.sebab sgt2 kecewa.
Sekarang nie lebih elok jalani jer hidup nie.
Sangat serik untuk mencari cinta.
Aku yakin dengan qada dan qadar.
TUHAN itu sentiasa ada dan aku berserah jer.
Lagipun aku sedang happy dengan hidup sekarang nie.
Ape aku nak buat,aku buat jer.
Tak perlu susah2 untuk jaga hati pasangan.
Insyallah...satu hari nanti pasti kebahagian akan memihak padaku.
Dengan ini aku cuba la untuk menasihati korang2 yg asyik bercinta tu.


1)Bercinta sebelum kahwin hanya la kasih syg bukan diri.
2)Kalau serius bercinta,serius juga la untuk merancang ke alam perkahwinan.
3)Bercinta sebelum kahwin tidak perlukan pengorbanan seperti selepas kahwin.
4)Sayang la,kasih la,cinta la bagaimana pun.jangan terlalu berharap.
5)Cinta bukan pada pasangan jer,tapi pada family,keluarga n kawan2 jgn diabaikan.
6)Tak perlu ubah untuk jadi ape yg pasangan anda mahukan,tapi perlu berubah atas kehendak diri sendiri.
7)Tidak perlu asyik dengan cinta.


Nie just nasihat dari aku.
Yang lain tu korang ade otak kan...fikir la sendiri baik buruk nyer.hehe.

Sunday

Aku memang malas nak update blog!!!


Giler berkurun tak update blog nie.
Bukan ape,cuma tersangat la malas nyer tak terhingga.hehe.
Aku just update link jer.
Tak ade masa nak menulis.
Lagipun aku mmg malas.hehe.
Masa tak ade la nak menaip.
Tiap kali menaip mesti nak menarik.
Baru orang nak baca kan.
Cuba kalau entry yg kite buat tak menarik.
Pasti nyer orang just tgk jer la blog kite.
Seperti biasa,aku akan cuba merajinkan diri untuk mengupdate blog nie.
Tolong bagi semangat kit,biar aku leh rajin mem BLOG.haha.

Wednesday

PIALA AFF SUZUKI


Piala AFF SUZUKI???
Aku pun sebenar nyer x taw sgt asal usul nyer.hehe.
Setahu aku la,piala nie dah lama dah.
Cuma betul2 berjaya tahun 2008.
Kalau x silap aku time tu vietnam jadi host perlawanan.
Bermula piala nie pada tahun 1996.
Tapi x mendapat sambutan macam skrg nie.
Mungkin kurang sponsor kot.hehe.
Aku terus terang,yg aku mmg x ikut sgt perkembangan bolasepak malaysia.
Aku support tapi aku x mengikuti.
Tapi aku mmg puji pasukan MALAYSIA kite tahun nie.
Walaupun 1st game lawan INDONESIA,kite kene belasah 5-1.
Tapi semangat juang pemain x padam.
Perlawan kedua bertemu THAILAND,pasukan kite berjaya terikat satu mata dengan tanpa jaringan.0-0.
Perlawanan terakhir malam tadi MALAYSIA bangkit ngan kemenangan yg aku rasa buat satu MALAYSIA rasa berbangga ngan kemenangan besar 5-1. menentang LAOS.
Sekaligus menyingkir kan THAILAND dari saingan dan pasukan kite melangkah ke separuh akhir.(bangga siot)hehe.
Separuh akhir confirm malaysia jumpe PHILIPPINES.
Harap2 lepas la ke akhir.
Cuma rekod PHILIPPINES tahun nie mmg sgt berjaya la.
3 perlawanan tanpa kalah.
Macam agak sukar gak la kan.
Harapkan yg terbaik jer la.
Ape2 pun SYABAS MALAYSIA.
Semangat dan permainan sebegitu yg kite semua nanti2 kan.


Keputusan MALAYSIA lawan LAOS.

4 Bulan

4 Bulan???Menghilang nyer aku bukan la malas nak update blog.
Tapi lebih kepada kesibukan mencari hala tuju hidup.
Dah rasa tua sgt dah nie. =p .
Rasa hina pun ade gak bila org2 kat sekeliling pandang serong pasal aku.
Dalam tempoh masa 4 Bulan tu serius aku rasa macam 4 tahun lama nyer.
Terlalu banyak perkara yg aku alami.
Aku belajar untuk pentingkan diri sendiri,kejam,x berperasaan lagi macam2 la benda baru yg aku belajar.
Aku buat semua tu sbb org sekeliling aku gak yg paksa aku tuk buat semua tu.
Aku macam tu la sehingga la aku jumpe seseorang yg bagi aku petunjuk yg selama nie cara aku x pernah salah.
Aku lebih yakin skrg,lebih berusaha...semua kerana "dia".(pasal "dia" nie aku akan citer kat post lain)hehe.
ALHAMDULILLAH.aku rasa gembira sgt skrg nie.
Aku lebih tenang,family n kawan2 ramai yg nampak aku semakin ceria. =) .
Aku harap ini semua berterusan sampai bila2.
Aku dah dapat rasa,ini yg aku cari selama ini.
Thanks GOD n NADIA ANNIE ARIFFIN.
Ikhsan Ise
GAMBAR EHSAN BY "Ikhsan Ise"

Monday

Rindu padamu...!!!

"Ayah...aku rasa rindu,sejak kehilanganmu...didunia ini."
Ayah,aku rindu sgt2 pada ayah.
Rindu sgt pada kata2 ayah.
Alangkah indah nyer kalau kite sentiasa bersama.
Walaupun kite hidup susah,ayah tetap buat aku,adek dan mama sentiasa hepy.
Sampaikan x der sesiapa pun yg tahu keluarga kite dalam keadaan susah.
Walaupun ayah sentiasa marah2 aku ngan adek,tapi ayah still tunjukkan yg ayah seorang bapa yg sgt2 penyayang.
Bulan pose nie,setiap hari ingatkan ayah.
Bulan puasa dan raya sgt2 x best tanpa ayah.
Ayah lah yg buat hari raya jadi happening.
Hari raya jadi sgt2 best.
Tapi tanpa ayah,hari raya sgt suram.
X ceria langsung,x rasa suasana hari raya.mmm...
Ayah...abg rindukan ayah.
Yg boleh tuk abg lepaskan rindu,adalah dengan melihat gmbr2 ayah.
Terlalu rindu kat ayah.
Setiap doa dan ingatan abg adalah untuk ayah.
Semoga ayah damai dan tenang kat sana.
Semoga ayah ditempatkan ditempat org2 yg beriman.

Caption for image
AL-FATIHAH buat ARWAH AYAH,IZAM bin HAJI OMAR.
1953-2004
Semoga dicucuri rahmat.

"AYAH,Aku rasa rindu."